Monday, November 29, 2010

Rumahku Syurgaku-ruang tamu 2





Baru aje letak meja konsol tu kat situ. Dulu kerusi tu kawan dgn pasu besar naga, tapi dah kena alih. Mangkok kepala lembu tu hadiah Hari Guru drp Syafiq Dr. Jaini. Raga buah-buahan beli kat Kedai Second Hand, Perkampungn Org Asli, Rengit.

Tamu dtg dihidangkan pisang dan donut. Pisang beli kat KK Home , Ipoh.Bunga ni pilihan Nina nak letak kat biliknya, tapi ibu TERletak kat ruang tamu, Padan pulak tu! Dah lama kat situ.

Lesung peninggalan arwah Mak yg x ada jual di pasaran. Bahagian tepi dah rongak sebb dah tertanam dlm tanah. dulu x da sape peduli. Nasib baik dpt diselamatkan. Teringat, dulu arwah Mak yg pungutkan kt belakang rumah. Dia tahu anaknya suke....


Peti org pegi Haji beli kat Memory Lane, Ipoh. Dulu buruk dan berkarat. x da selera tengok!Hantar servis dn cat kat Parit Kemang, Senggarang.Terkejut tengok Pak Cik tu cat warna hijau.Lama2 kena pulak warna tu. pandai Pak Cik tu pilih kaler!Kedudukan peti tu dah berubah. Ni gambar bulan lepas. Kak Ida kalau x ngalih2kah brg x sah.

Kipas angin antik peninggalan arwah Ayah Isuzana. Tq Boy sebab sedekahkan kipas ni. Kata Boy, `Kalau Boy  simpan, Boy simpan kat bilik.Kak Ida suka benda ni.'Memang suka pun. Terima kasih Ana, Boy dan Yati.



Koleksi teko yg dh lama Kak Ida himpun. Desember2009 Kak Ida pegi Gemas, tido rmh Maha & Hawa. Terharu, Mak Hawa HADIAHKAN 2 buah teko lama, gambar bunga kangkung dn satu lagi x tau bunga apa. Nampak x teko warna jingga(oren) kt bwh tu?Ha...tulah hadiah drp Mama Suzie sempena Hari Guru entah tahun bile?Ha......byk lagi teko Kak Ida....tunggu...

Teko sebelah atas 2 dn 3 dr kiri (berbunga2)  adalah Birthday entah yg keberapa drp Kak Pon.Himpunan teko kedai 2 Ringgit........dah cukup!dah x nak tambah koleksi lagi kecuali antik dan org beri. 2 minggu lps Kak Ida jln2 kt Sri Pulai, masuk kedai bundle. Rupanya Kedai Barang Antik.Teko bunga kangkung dijual dgn hg RM65......aku ada 2 buah teko bunga kangkung!


koleksi pinggan mangkuk,barang antik dll..Jam Vantage sebelah kipas klasik tu hadiah drp Pn. Mariam isteri Dr. Jaini, masa baru pindah rumah. Tu le satu2nya koleksi Vantage. Yg lain tu....vantage Nilai.Tq Yam. Terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi......





Koleksi teko dan cawan beli kat kedai Apik di Kluang. Ingatkan murah, rupanya harga boleh tahan. Anak apik yg letak harga. Gigil-gigil nak kluarkan duit dari purse.Malu punya pasal bayar jugak sebab dah pilih. Asalnya dah x da rupa. Kertas bungkusan pun dah jadi habuk, peroi! Lari budget. Mak Mentua senyum tengok menantu menawar harga. x ubah mcm Bangla. He he he. 2 biji pinggan kt belakang tu Nenek Abg Syam beri. Katanya usia pinggan tu sejak sebelum merdeka.Dah tua....


Rumahku Syurgaku-ruang tamu

Ruang tamu yg baru dpt sentuhan Inggeris. Dulu konsep ala2 Jawa gitu. Nasib baik kwn baik, Serimah sanggup jahitkan langsir ekspress. TQ Mimi Salmi yg temankan beli kain langsir kt Nagoya , Giant Plentong, balik dari sekolah.Ada kwn2 kata, rimas kalau rumah penuh barang, tapi x tau la Kak Ida, suka sangat simpan barang2 lama. Semuanya ada nostalgia.Almari kat tepi tu dah nak kena bakar, Kak Ida selamatkan hantar kedai, baiki. Orang kedai perabot tu pun pening nak baiki.

Emmm......sedapnya donut!Bukan beli kt warung, tapi beli kt SSF Ipoh. Bertahun x habis. Tq Kak Mimah atas kiriman buah tangan.Faham selera adik.





Sunday, November 28, 2010

Rumahku Syurgaku

Rumah ni kami duduk sejak 3 tahun yg lalu. x besar sgt tp sesuai utk kami 5 beranak.Dulu Kak Ida giler sgt dgn klasik dan antik tapi sejak 2 menjak ni buat sentuhan kedesaan inggeris pulak.Tak mampu nak ubah sgalanya, cuma buat sedikit sentuhan ikut kemampuan. Aiman dah komen, ala ibu ni ikut fesyen, jap lagi berubah minat. Harap2 mulut Aiman x masin.

Ni ler kolam ikan tempat Abg Syam duduk tenangkan fikiran setelah penat seharian bekerja. Dah besar ikan2 kami. Nak lawan saiz ikan org sebelah!he he he. Jgn marah An! Itik2 tu dah ada yang cacat kat muncung. xtau le sape punya angkara!



Itik2 tu berasal dari daerah berlainan. Ada yg beli kat Romantika Angsana dan ada yg berasal dari Ayer Itam .Sebab tu masing2 x tgok muka, pandang lain2. x kawan!Itik2 ni le yg jaga keselamatan ikan2 dlm kolam.

Sebagai tanda Selamat Datang,ada 2 orang tunggu kat luar. Ala...sebenarnya kerusi tu dah x da tempat nak letak kat dalam....

Ni le brg antik dan klasik yg Kak Ida himpun sedikit demi sedikit. Tetamu dtg komen, cetak bahulu kenapa kat dinding?Ala...nk mkn bahulu kat Jusco ada dijual .Tu le cetak bahulu arwah Mak.Penimbang tu Kak Ida beli kat Memori Lane,Ipoh.